You are here
Home > Android > ZTE Nubia Z17: Khabar Angin dan Spekulasi

ZTE Nubia Z17: Khabar Angin dan Spekulasi

Nubia Logo

Z17 daripada ZTE Nubia sekarang merupakan topik hangat di internet, terutamanya kepada peminat Android. Terdapat beberapa sumber berita yang menyatakan, Z17 yang mana dikatakan akan menjadi flagship kepada ZTE akan dikeluarkan dengan varian memori 6GB dan 8GB, dan juga 4GB Terdapat beberapa screenshot, yang menunjukkan device ini dibenchmark. Antara spesifikasi device ini yang menjadi tumpuan peminat-peminat Android adalah processor 64-bit Snapdragon 835 yang terdiri dari lapan teras Kryo 280 CPU dan Adreno 540 GPU dan storan dalaman sehingga 128GB dan menyokong 128GB microSD kalau tidak muat yang dalam tu.

Nubia Z17 Benchmark dari AnTuTu
Nubia Z17 Benchmark dari AnTuTu
Nubia Z17 Benchmark dari Geekbench
Nubia Z17 Benchmark dari Geekbench

CEO Nubia, Ni Fei sendiri telah berkongsi screenshot di Weibo yang menunjukkan device itu adalah kalis air. Menurut beberapa sumber, Z17 dibuat dengan logam dan kaca yang berkemungkinan besar device itu akan mempunyai kaca dikeseluruh bahagian hadapan. Ia juga mungkin akan disertakan dengan scanner cap jari dibahagian belakang. Home key bulat berwarna merah yang menjadi indentiti Nubia diletakkan dibawah screen 5.5 inci dengan paparan fullHD.

Nubia Z17 Kalis Air daripada Weibo Ni Fei
Nubia Z17 Kalis Air daripada Weibo Ni Fei

Nubia Z17, bukan nama sebenar buat sekarang, lebih dikenali sebagai nubia NX563J. Kamera hadapan Z17 dikatakan sebesar 16MP dan kamera belakang adalah sebesar 12MP yang kalau diikutkan pada gambar daripada TENAA (Telecommunication Equipment’s Network Access Managements), sama macam SIRIM, dan spekulasi ia berkemungkinan besar mempunyai dua kemera. Yang menjadikan device itu mempunyai 23MP kamera belakang.

Nubia Z17 daripada TENAA
Nubia Z17 daripada TENAA

Antara spesifikasi lain adalah bateri yang tidak boleh ditanggal berkuasa 3,100mAh. Skrin device itu juga berkemungkinan menggunakan teknologi 2.5D berdasarkan keadaan yang melengkung didalam gambar TENAA itu. Ia disediakan dengan dua variasi warna iaitu Silver dan Gold dengan berat 170 gram. Ia juga didatangkan dengan Android 7.1.1 Nougat yang telah dicustomize oleh Nubia.

Nubia Z17 leak gambar sebenar daripada Secret Jet
Boo — Nubia Z17 leak gambar sebenar daripada Secret Jet Ini adalah gambar Z11, terima kasih Zyad Atef
Nubia Z17 leak gambar sebenar daripada TwoLeaks
Nubia Z17 leak gambar sebenar daripada TwoLeaks

Kalau dibandingkan gambar daripada Weibo dibawah dengan TwoLeaks, Secret Jet, kedua-dua ini berkemungkinan device berlainan. Gambar daripada TENAA menunjukkan sensor hadapan device ini berada disebelah kamera tapi gambar daripada Secret Jet sensor hadapan berada disebelah kanan earpiece . Berkemungkinan salah satu adalah palsu (terbukti palsu!), atau terdapat varisi berbeza untuk China dan yang selain dari China. Gambar dibawah pula menunjukkan sebuah device yang berlainan tetapi tetapi dipanggil Nubia Z17.

Maaf pasal tulisan diatas. Sekarang kita bandingkan dengan gambar daripada Twoleaks diatas dengan gambar dari Weibo dibawah. Salah satu berkemungkinan palsu. Kalau dilihatkan dari gambar Twoleaks logo Nubia berada dibawah scanner cap jari yang kelihatan hampir sama dengan gambar dari TENAA, berbangding dengan gambar dari Weibo dibawah.

Nubia Z17 daripada Weibo
Nubia Z17 daripada Weibo

[update] Sekali lagi CEO Nubia yang menunjukkan Z17 mungkin dilengkapi dengan skrin sensitif sentuhan.

[update] Satu lagi update dari CEO Nubia dengan menunjukkan nilai bacaan storan dalam Z17 mencecah 700MB/S daripada Weibonya.

sumber: AndroidHealines – 1, 2, 3, 4The Android Soul; Weibo; GizChina

Leave a Reply

Top