You are here
Home > Android > Mi Max 2: Skrin 6.44 inci, Bateri 5300mAh dan Quick Charge 3.0

Mi Max 2: Skrin 6.44 inci, Bateri 5300mAh dan Quick Charge 3.0

Xiaomi Mi Max 2

Di dalam keluarga Xiaomi, Mi Max amat dikenali dengan saiz paparannya yang besar. Menurut super moderator di forum rasmi Xiaomi, vincent_khoo, matlamat utama keluarga Mi Max adalah untuk memaximakan pengalaman pengguna dari segi penontonan filem dan drama, productiviti, permainan dan banyak lagi dengan skrin yang besar dan pengcahayaan yang menakjubkan.

Skrin 6.44 Inci Mendalam

Antara aspek utama yang ditekankan semasa pelancaran Mi Max 2 ini adalah sudah tentunya saiz skrinnya. Xiami Mi Max 2 didatangkan dengan skrin 6.44 inci yang dikatakan memberikan paparan mendalam dengan memuatkan 1920×1080 pixel. Video promosi dibawah boleh dijadikan sebagai rujukan utama untuk kenyataan diatas. Walaupun berjatu Paparan Besar, Bateri Lebih Besar, sepanjang 58 saat video tersebut, tapi tiada satu pun yang menunjukkan pasal bateri device tersebit.

Bateri Bertahan Sehingga Dua Hari

Mi Max 2 juga diperkenalkan dengan satu lagi ciri utama iaitu baterinya yang dimuatkan dengan 5300mAh yang mampu bertahan selama dua hari. Yang mana ia mampu memainkan video selama 18 jam, muzik selama 10 hari, permainan selama 9 jam, navigasi selama 21 jam, membaca selama 19 jam dan panggilan selama 57 jam. Tidak dapat disahkan “Dua Hari” itu merujuk kepada keadaan yang macam mana. Ciri bateri Mi Max 2 ini diperkenalkan dengan perbandingan dengan power bank.

Cas 68% Dalam Masa Sejam

Ciri yang ketiga yang diberikan tekanan oleh vincent_khoo adalah Quick Charge 3.0 berserta cas selari (parallel charging) dengan pengecasan 68% cuma mengambil masa sejam. Ia munggunakan dua modul cas untuk memastikan penyabaran haba yang berkesan. Bateri Mi Max 2 telah dipertingkan dengan 200mV yang membawa kepada peningkatan penggunaan kuasa yang berkesan.

Ciri Lain

Antara ciri-ciri:

  • Keseluruhan badan diperbuat dari satu logam (metal unibody) yang menambahbaik penggunaan sebelah tangan.
  • Kamera utama Mi Max 2 adalah sama seperti kamera utama Mi6 iaitu IMX386 1.25inci yang dibuat oleh Sony.
  • Penggunaan pemprosesan Snapdragon 625 dengan teknologi 14nm.
  • Memori sebesar 4GB dengan pilihan storan sebesar 64GB dan 128GB.
  • Storan boleh dikembangkan sehingga 128GB melalui microSD.
  • Speaker stereo bijak yang boleh diaktif dengan memusingkan badannya ke sisi.
  • Scanner cap jari dibelakang dan juga IR blaster sebagai remote control tv dan penghawa dingin.
  • Antara variasi warna yang tersedia adalah Emas, Hitam, Perak, Kelabu dan Putih yang terdapat didalam database TENAA.

Catatan Editor:

Admin merasakan Mi Max 2 mempunyai kekuatan tersendiri. Yang mula-mula sekali admin perasan tentang device ini adalah reka bentuknya yang minimalist. Sebagai pengguna telefon yang bersaiz 5.5 inci, admin merasakan telefon ini agak besar untuk digunakan sebelah tangan lagi-lagi kepada meraka yang bertangan kecil. Harga bagi Mi Max 2 yang bersaiz 64GB adalah RMB1699 (dalam MYR1058.38) dan yang bersaiz 128GB adalah RMB 1999 (dalam MYR1245.26) bagi admin adalah mampu milik.

sumber: Xiaomi MIUI Official Forum, AndroidHealines, TheAndroidSoul, TENAA

Leave a Reply

Top