You are here
Home > Android > Membentuk Masa Hadapan Dengan Bapa Android

Membentuk Masa Hadapan Dengan Bapa Android

Essential Phone Full

Ada sesiapa yang pernah mendengar Sidekick sebelum ini? Menurut sejarah, idea Sidekick adalah gadget kecil yang mampu dibawa kesana kemari dan boleh memaparkan senarai tugasan anda atau menerima frekuensi radio dan juga boleh memaparkan web mobil. Perasan tak persamaannya? Ketika ia dilancarkan iaitu pada tahun 2002, Sidekick yang original mempunyai sckrin hitam putih dengan model seterusnya mempunyai warna dan paparannya berada diatas sebuah keyboard yang boleh ditolak keluar. Ini dikatakan permulaan idea asal smartphone atau telefon pintar.

Sidekick oleh Danger
Sidekick oleh Danger

Sidekick dibuat oleh sebuah syarikat yang bernama Danger. Penyasas bersama Danger, Andy Rubin keluar dari syarikat itu pada tahun 2003 dan mengasaskan sebuah syarikat yang nama Android Inc.. Pasti ramai yang tidak tahu, bahawa Android adalah satu produk yang dibangunkan oleh Android Inc sebelum dibeli oleh Google. Sejarah era mobil moden bermula dengan pengeluaran iPhone dari Apple pada tahun 2007, tahun yang sama sistem operasi (OS) Android mula diperkenalkan.

Jadi mengikut sejarah, Andy Rubin merupakan pelopor (ini perkataan yang betul tau, penat admin cari di Kamus Dewan edisi keempat yang bermaksud 2. orang yang mula-mula mengusakan (mewujudkan) sesuatu) smartphone ini. Hari ini (May 30, 2017 ketika artikel ini ditulis) bapa kepada Android ini kembali dengan smartphone yang diberikan gelaran sebagai Anti-iPhone melalui syarikatnya yang bernama Essential Products. Bagi admin, walaupun dia merupakan seorang yang innovatif, tapi admin rasa dia seorang yang simple, kerana nama smartphone terbitan syarikatnya adalah, jangan gelak, Phone. Essential Products juga turut memperkenalkan sebuah hub untuk rumah pintar yang diberikan nama, sekali lagi jangan gelak, Home.

Essential Phone

Spesifikasi Essential Phone adalah:

  • Pemprosesan Qualcomm 835
  • Memory bersaiz 4GB
  • Storan bersaiz 128GB
  • Skrin dengan paparan 5.71 inci QuadHD (2560×1312) dengan nisbah 19:10
  • Dua kamera belakang dengan saiz 13MP masing-masing
  • Badan yang dibuat titanium dengan kaca hadapan dari Corning Gorilla Glass 5 dan belakang dari seramik

Apa pun yang penting semua kena lihat bahagian skrinnya dulu:

Essential Phone Skrin - gambar Essential
Essential Phone Skrin – gambar Essential

Bahagian hadapannya mempunyai skrin yang amat unik. Tidak seperti kebanyakan smartphone, malahan jarang sekali kita melihat telefon yang mempunyai skrin yang melengkung dibahagian sudut (corner). Skrinnya merangkumi hampir keseluruhan bahagian hadapan telefon berkenan kecuali bahagian bawah dan juga kamera selfienya diatas. Bercakap di Recode’s Code, meletakkan kamera hadapan dibawah seperti Xiami Mi Mix dan Sharp Aquos Crystal bukanlah pilihan kepada Essential malahan Andy Rubin menggelar mereka sebagai kamera lubang hidung bukannya kamera selfie.

Dari segi badan smartphone berkenan, ia dibuat daripada titanium yang banyak digunakan didalam pembuatan kapal terbang. Jason Keat, ketua bahagian arkitek perkakasan (hardware) berkata meraka pada umumnya menjelajahi keseluruh pelusuk dunia untuk mencari mereka yang mampu memproses titanium secara berlainan. Kebanyakan titanium diproses dengan membentuknya dari satu blok. Menurutnya lagi, meraka menjumpai sebuah syarikat kecil daripada Jerman yang mampu menghasilkan titanium dengan mencairkannya dan menuangkannya kedalam bekas.

Essential Phone Back - gmabar Essential
Essential Phone Back – gambar Essential

Gambar diatas menunjukkan bahagian belakang Phone yang dibuat dari seramik. Ia mempunyai sepasang titik yang berada diatas kanan dari scanner cap jari. Ia merupakan sebuah magnet untuk penambahan aksesori. Menurut Andy Rubin, ia bagi memastikan aksesori berkenaan adalah bersifat kalis masa hadapan (future-proof). Andy berkata lagi, kalau saya keluar dengan telefon baru, saya mahu pengguna masih boleh menggunakan aksesori lama.

Aksesori pertama yang dikeluarkan oleh Essential adalah sebuah kamera 360°. Kebanyakan kamera 360 yang terdapat dipasaran sekarang berbentuk besar dan terlalu sukar untuk digunakan oleh kebanyakan pengguna. Kamera 360 dari Essential ini bersaiz lebih kurang ibu jari saja. Lain-lain aksesori akan dikeluarkan kemudian. Essential juga merancang untuk menjadikan sistem magnetiknya itu sebagai sumber terbuka. Dengan ini ia mampu membolehkan pembangun lain untuk membina aksesori yang lain. Ia juga berkemungkinan akan dijadikan standard untuk masa hadapan.

Essential 360 Camera Full
Essential 360 Camera Full

Bagi admin, admin suka telefon ini kerana ia sangat minimalist. Ia tidak mempunyai apa-apa branding sama ada dari segi logo ataupun tulisan. Admin juga suka idea future-proof. Ia memberikan kita, sebagai pengguna untuk pelbagai pilihan. Akhir kata, ini merupakan make-or-brake untuk industri telefon. Ia berkemungkinan akan dijadikan sebagai rujukan ataupun sebagai sempadan.

Leave a Reply

Top